Thursday, January 16, 2014

16 JANUARI | Aku rindu Abah

Hari ini, 16 Januari 2014; Sejak semalam hati ini saya, air mata tak henti mengalir, nak di tulis kisah ini sejak semalam, tapi sampai pagi ini masih tak tertulis. 

16 Januari 2013; Jam 4:30pagi; 
Abah: Dah, Abah nak mandi.. 
Emak: Awal lagi.. tunggu lah kejab lagi
Abah: Abah rasa nak terberak
Emak: Dah, jomlah angkat abah..

Aku bangun dan sama-sama angkat abah, tapi kudrat kami berdua tak mampu mengangkatnya. Aku pelik, selama ini aku angkat abah seorang diri pun boleh,
Aku: Abah, kalau Dah pegang abah, abah boleh tak bangun?
Abah: Entahlah, pagi ni abah tak boleh buat sendiri.
Mak: tak palah, tunggulah pagi sikit, kita minta Nasir tolong angkat, rumah dia gelap lagi, tunggulah subuh dah tak lama lagi, sabarlah.
Hati ini dah tak keruan... 

Abah: Dah, dah subuh ka? Abah nak mandi..
Mak telefon Nasir, dan dia datang tolong angkat abah sehingga ke bilik air. 
Nasir; Nanti sudah panggil abang Nasir balik, abang nk balik sembahyang subuh dulu.
Aku: Yalah.Terima kasih abang.

Abah mandi lama dibantu oleh emak; sambil aku bersiap nak ke tempat kerja.
Seusai mandi,
Mak: Dah, mari kita abah, tak payahlah panggil Nasir, dia nak pergi kerja tu.

Ternyata, abah tiada kudrat lagi nak bangun sendiri.. kami berdua tak terdaya nak mengangkat dia. 
Sekali lagi, kami terpaksa minta bantuan Nasir. Sebelum dia balik..

Nasir: Dah, hari ni tak payahlah pergi kerja, Abang Nasir nampak dia macam pelik dah.
Aku: Dah pergi sekejab, banyak urusan di pejabat hari ni, dah banyak hari dah cuti.

Jam 3:30 pm, handphone berdering.. Kak Ana telefon.

Kak Ana: Dah, baliklah Dah.. Abah ni dah nazak.
Air mata berjurai laju.. 

Terima kasih En. Syuffie dan rakan sekerja kerana memahami,
Sambil mendaki bukit ke parking kereta, air mata berjurai laju... tak sedar aku sebenarnya berlari mendaki bukit itu.

Sesampai di rumah, Abah masih sedar, aku panggil Abah.
Aku: Abah, mengucaplah abah... La ilahaillallah.. tak putus2.
Abah: Allah....Allah... Allah... sayu sekali suaranya....

Terima kasih, Nasir, Pak Long dan Pak Mud serta jiran tetangga yang lain. Atas bantuan dan sokongan.

Akhirnya; Azan Asar berkumandang, Abah pergi meninggalkan kami... 

Ya Allah, tempatkanlah dia bersama-sama dengan para ambiyak yang solehin.
Al-Fatihah.

Sehingga kini, air mata masih mengalir.

Pagi tadi:
Aku: Mak, hari ni 16 haribulan dah.. 
Mak: Ya ka.. dia diam saja...
Aku: Mak, hari ni dah setahun Abah pergi tinggalkan kita... 
aku tak mampu berucap lagi... terus berlalu ke kereta bergerak ke pejabat..

dan Air-mata ini masih belum berhenti.. Aku rindu Abah. 


Wednesday, October 23, 2013

Cerita Kita : Our Story: Siti Selendang Merah : 1

Cerita Kita : Our Story: Siti Selendang Merah : 1: "Allahumma Yassir Wala Tuassir, Robbi Tammim bil Khair" Ya Allah, permudahkanlah dan jangan dipersulitkan, dan kau akhirilah den...

Tuesday, September 17, 2013

Every Heart Has A Story To Tell: Cinta Kita - Chapter 2

Every Heart Has A Story To Tell: Cinta Kita - Chapter 2: A woman has got to love a bad man once or twice in her life to be thankful for a good one.. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Qistina...