Showing posts with label My Soul. Show all posts
Showing posts with label My Soul. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

16 JANUARI | Aku rindu Abah

Hari ini, 16 Januari 2014; Sejak semalam hati ini saya, air mata tak henti mengalir, nak di tulis kisah ini sejak semalam, tapi sampai pagi ini masih tak tertulis. 

16 Januari 2013; Jam 4:30pagi; 
Abah: Dah, Abah nak mandi.. 
Emak: Awal lagi.. tunggu lah kejab lagi
Abah: Abah rasa nak terberak
Emak: Dah, jomlah angkat abah..

Aku bangun dan sama-sama angkat abah, tapi kudrat kami berdua tak mampu mengangkatnya. Aku pelik, selama ini aku angkat abah seorang diri pun boleh,
Aku: Abah, kalau Dah pegang abah, abah boleh tak bangun?
Abah: Entahlah, pagi ni abah tak boleh buat sendiri.
Mak: tak palah, tunggulah pagi sikit, kita minta Nasir tolong angkat, rumah dia gelap lagi, tunggulah subuh dah tak lama lagi, sabarlah.
Hati ini dah tak keruan... 

Abah: Dah, dah subuh ka? Abah nak mandi..
Mak telefon Nasir, dan dia datang tolong angkat abah sehingga ke bilik air. 
Nasir; Nanti sudah panggil abang Nasir balik, abang nk balik sembahyang subuh dulu.
Aku: Yalah.Terima kasih abang.

Abah mandi lama dibantu oleh emak; sambil aku bersiap nak ke tempat kerja.
Seusai mandi,
Mak: Dah, mari kita abah, tak payahlah panggil Nasir, dia nak pergi kerja tu.

Ternyata, abah tiada kudrat lagi nak bangun sendiri.. kami berdua tak terdaya nak mengangkat dia. 
Sekali lagi, kami terpaksa minta bantuan Nasir. Sebelum dia balik..

Nasir: Dah, hari ni tak payahlah pergi kerja, Abang Nasir nampak dia macam pelik dah.
Aku: Dah pergi sekejab, banyak urusan di pejabat hari ni, dah banyak hari dah cuti.

Jam 3:30 pm, handphone berdering.. Kak Ana telefon.

Kak Ana: Dah, baliklah Dah.. Abah ni dah nazak.
Air mata berjurai laju.. 

Terima kasih En. Syuffie dan rakan sekerja kerana memahami,
Sambil mendaki bukit ke parking kereta, air mata berjurai laju... tak sedar aku sebenarnya berlari mendaki bukit itu.

Sesampai di rumah, Abah masih sedar, aku panggil Abah.
Aku: Abah, mengucaplah abah... La ilahaillallah.. tak putus2.
Abah: Allah....Allah... Allah... sayu sekali suaranya....

Terima kasih, Nasir, Pak Long dan Pak Mud serta jiran tetangga yang lain. Atas bantuan dan sokongan.

Akhirnya; Azan Asar berkumandang, Abah pergi meninggalkan kami... 

Ya Allah, tempatkanlah dia bersama-sama dengan para ambiyak yang solehin.
Al-Fatihah.

Sehingga kini, air mata masih mengalir.

Pagi tadi:
Aku: Mak, hari ni 16 haribulan dah.. 
Mak: Ya ka.. dia diam saja...
Aku: Mak, hari ni dah setahun Abah pergi tinggalkan kita... 
aku tak mampu berucap lagi... terus berlalu ke kereta bergerak ke pejabat..

dan Air-mata ini masih belum berhenti.. Aku rindu Abah. 


Thursday, October 18, 2012

TENTANG ADIK..

Hari ni terasa nak bercerita tentang Adik. 
Adikku lahir pada 29March 1997. Masa tu aku dah baru tingkatan 1.
Masa mak tengah mengandungkan adik tu aku ingat lagi.. masa 1st & 2nd Trimester tu Mak teruk sangat. Sebijik macam aku masa mengandungkan Luqman, Tasnim & Aisyah.

Lembik, terbaring je... aku ingat lagi mak selalu suruh aku pergi beli Tom Yam dekat kedai Akmal. Sampai pernah satu hari aku pergi beli tomyam sampai terlewat pergi mengaji KAFA, aku ni pulak jenis yang Rajin sangat kalau bab2 Education ni.. (chewah masa tu la..). Bila balik bawa tomyam, mungkin mak perasan dah dekat pukul 5, Mak kata "tak payah pergi ngaji lah..", tapi biasalah aku kan anak degil.. nak pergi jugak, sambil nangis2 nak pergi jugak mengaji.. Mak pun kata "pergilah!".. Sambil nangis2 sampai juga kt Masjid... bila sampai dah la mata bengkak sisa nangis tak habis lagi.. orang lain pun dah nak balik.. lerr.. buat malu je kat Ustaz & kawan2. (Sekarang kalau aku terpikir balik, aku gelak.. hahahaha)

Eh, nak cerita pasal adik la.. Oh, mak pregnant masa aku darjah 6, Mak lahirkan adik masa aku Tgkt 1. Masa tu pertama kali nak tinggalkan rumah... Masa aku balik cuti pertengahan semester tu.. aku sampai2 je kat rumah.. wah dah ade adik... Mak aku baru je lahirkan pada hari semalamnya.. berceritalah emak tentang kesusahan dia melahirkan adik.. masa tu Tok & Tok Wan tak ada dirumah. Adik lahir dirumah berbidankan Tok Yah dan Abah.. Jiran kami yang rumahnya lebih 200 meter dari rumah kami.

Jadi sepanjang cuti 2 minggu tu akulah yang jaga mak, basuh kain2 yang kena darah tu.. masak makan mak dan adik2 yang lain.. sebenarnya aku lebih kepada tolong je.. semuanya Abah yang buat. Abah masak, Abah juga yang angkat air utk mak mandi, Abah juga yang bakar tungku utk mak. Kerja aku lebih kepada Basuh kain, Sidai kain, Lipat Kain, Cuci pinggan mangkuk.. tapi memang tu favorite kerja aku pun.

Adik membesar didepan mata aku.. akulah yang mandi adik, pakaikan baju, jaga adik masa mak pergi bendang, suap adik makan... walaupun aku jauh di Asrama, aku sentiasa rindu adik. Cuti semester tak sabar nak balik jumpa Adik.

Bila Adik besar dia selalu kena buli dengan aku dan kakak2 dia. Nasibla Adik, kan ko adik.. aku pun selalu jugak kena buli dengan adik2. Walaupun aku selalu jadi pendengar setia adik, tapi aku tak pernah jadi BFF adik. Dia lebih rapat dgn Achik yang dia panggil Kakak. Mungkin sebab bila kami semua tak ada dirumah, semua masuk asrama.. hanya tinggal Adik dan Achik je kat rumah. Atau mungkin sebab jarak umur kami yang jauh.

Tapi aku selalu mengambil tahu tentang adik. Banyak cerita yang aku rasa aku simpan sahajalah Adik. Ko dan aku tahu sendiri2. Aku berharap adik jadi seorang muslimah sejati. Wanita Solehah yang disegani.

Semalam.. air mata tiba2 mengalir... bila terkenang cerita mak yang ada orang merisik adik. Tiba2 jadi sayu dan sebak.. bila terkenang Adik yang ditimang2 dulu akan jadi milik orang,..

[Aku ter"post" pada Status FB. ramai pulak yang baca... risau pulak jadi kontroversi macam kes pinjam duit hari tu.. maka aku terpaksalah delete hahaha.. ]

Aku tulis je kt Blog ni.. sebab tak ramai yang tahu aku ade blog..

Adik, Adah doakan adik akan berbahagia hingga ke akhir hayat. Adik tetap adik Adah sampai bila2.

Tuesday, October 9, 2012

[ABAH] tentang siapa Abah..

Beberapa hari ini, semua yang berlegar dalam fikiran hanya tentang Abah, tak sabar nak cari masa nak tulis pasal Abah...

Abah aku, Yusof bin Pa'Adek, orangnya tidaklah sehandsome Yusuf A.S [:)] .. seorang yang pendiam sebenarnya, menyimpan rasanya, memendam impiannya, kuat semangat dizaman mudanya, dia sebenarnya Hero dihatiku.

Banyak cerita tentang abah yang aku simpan sendiri... Abah seorang anak yatim sejak zaman remajanya..
dia membesar sebagai penjaga kepada adik2nya. Bila dikenang2kan cerita Abah, sayu hati bila terpandang seorang remaja dizaman post-jajahan Jepun, dan penjajahan British, bertungkus-lumus bekerja membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk 3 org adik2nya.

Pernah dia ceritakan, dia pernah berjalan kaki sejauh berpuluh kilometer semata2 untuk mengambil kembali adiknya yang diberikan sebagai anak angkat oleh ibu saudaranya. Dia bawa adiknya lari sebaik ibu saudaranya keluar menoreh getah disubuh hari..

Banyak lagi cerita abah, yang tak dapat aku coretkan kerana ceritanya kadang2 tiada pangkal. sesekali bila abah terkenang, dia hanya ceritakan bahagian yang sangat membahagiakan bagi dia. dan Akulah pendengar setia...

Abah lahir ketika Jepun mendarat di Kelantan... lama kan Tahun 1942. yang tarikhnya tidak dapat dikenalpasti...

Dan perjalanan kehidupannya tidak pernah aku tanyakan.. kerana aku juga seperti Abah, seorang yang suka menyimpan rasa...

Apa yang aku akan tuliskan, hanyalah apa yang aku lalui bersama abah.. yang kenangan itu kadang2 timbul dan tenggelam dlm arus masa dan kehidupan..

... sambungannya NANTI...




Sunday, May 24, 2009

Sayang Mak....

24.05.2009

Semalam aku bermimpi....

Mak "pergi" tinggalkan aku.... aku menjerit sampai terjaga.. tengok jam baru pukul 12.45am.. huh awal lagi.. terasa nak telefon mak.. tapi risau ganggu tidur mak.. mak sekarang susah nak dapat tidur yang nyenyak.... Tengok Hp.. coverage 1 bar, terus bangun dan keluar.. risau kalau tak dapat panggilan masuk...
Dah pukul 1.30am tak ade sesiapa pun call.. Sambung tidur.. tapi asyik-asyik terjaga.. pukul 2.15am, jam 3.25am, pukul 4.00am, pukul 5.00am.. fikiran tetap pada mak.. jantung berdegup kencang.. hati meronta-ronta nak telefon mak.. 5.30am seperti biasa rutin Ahad ku bermula.. cepat2 mandi dan solat subuh.. doaku panjang sedikit hari ni semoga diberi kesejahteraan pada Mak.. Cepat-cepat kejutkan anak-anak.. tak sabar rasanya nak pergi jenguk Mak.. Tak tergamak nak telefon mak lagi sebab mak selalu akan tidur semula selepas solat subuh dan mengaji quran..
Lepas hantar Luqman dan Tasnim ke Sekolah, aku menghala ke rumah mak... jantung terus berdegub kencang, hati tetap rasa tak tenteram..
Sampai di rumah terus cari mak.. mak sedang lena di ruang tamu, wajahnya tenang, aku renung wajah mak.. sampai mak terjaga.. Mak hairan tengok aku.. menjelma di rumahnya pagi-pagi buta, tak pernah aku singgah rumah mak pagi-pagi Ahad kalau tak ade hal yang nak diuruskan. Hati tersenyum semula...
Semoga Allah merahmati kehidupan mak.. dan panjangkan umut mak..
Mak, saya sayang mak...

Friday, December 5, 2008

The Missing Days..


Hi There friends...

This is my first notes..
Just thought this morning that I shall start joting down some memorable event...
:)