Comelkan pic ni.. bila saya besarkan dia pecah pulak...
Tak tau kenapa.. aku beritahu hati, diri aku... aku dah maafkan Fiza..
lama dulu.. lebih 2 tahun berlalu..
lama dulu.. lebih 2 tahun berlalu..
Aku faham keadaan dia masa tu.. mungkin aura pembawakan budak.. wanita hamil ni sensitif kan..
Tapi kenapa setiap kali aku nampak muka dia.. macam masih terasa sakitnya.. macam luka lama kembali berdarah.
Tak cukup ikhlaskah kemaafan aku, atau aku masih tetap tunggu dia berkata "maaf" dari mulut dia..
yang sebenarnya aku pasti tak akan lahir kata-kata tersebut.
Semalam, Allah temukan aku dengan dia.. sedekat sehingga boleh berbicara..
aku tau selama ini dia tak kenal atau tidak pasti identiti aku..
aku tau selama ini dia tak kenal atau tidak pasti identiti aku..
tapi semalam.. dia dah kenal aku.
Berubah air muka Fiza semasa "dia" menyebut nama aku.
aku hanya sekadar boleh berkata "hi!" dan senyum.
Mungkin kerana kemarahan masih bersisa..
Atau sememangnya aku sukar memaafkan...
Fiza, aku doakan kau bahagia. Jika boleh aku mahu berkawan dan mengenali Fiza.
well... kena tulis juga, sebab kalau tak tulis.. asyik teringat ja.. walau sebenarnya saya ingin melupakan kisah itu.
- Ida -