Thursday, October 18, 2012

TENTANG ADIK..

Hari ni terasa nak bercerita tentang Adik. 
Adikku lahir pada 29March 1997. Masa tu aku dah baru tingkatan 1.
Masa mak tengah mengandungkan adik tu aku ingat lagi.. masa 1st & 2nd Trimester tu Mak teruk sangat. Sebijik macam aku masa mengandungkan Luqman, Tasnim & Aisyah.

Lembik, terbaring je... aku ingat lagi mak selalu suruh aku pergi beli Tom Yam dekat kedai Akmal. Sampai pernah satu hari aku pergi beli tomyam sampai terlewat pergi mengaji KAFA, aku ni pulak jenis yang Rajin sangat kalau bab2 Education ni.. (chewah masa tu la..). Bila balik bawa tomyam, mungkin mak perasan dah dekat pukul 5, Mak kata "tak payah pergi ngaji lah..", tapi biasalah aku kan anak degil.. nak pergi jugak, sambil nangis2 nak pergi jugak mengaji.. Mak pun kata "pergilah!".. Sambil nangis2 sampai juga kt Masjid... bila sampai dah la mata bengkak sisa nangis tak habis lagi.. orang lain pun dah nak balik.. lerr.. buat malu je kat Ustaz & kawan2. (Sekarang kalau aku terpikir balik, aku gelak.. hahahaha)

Eh, nak cerita pasal adik la.. Oh, mak pregnant masa aku darjah 6, Mak lahirkan adik masa aku Tgkt 1. Masa tu pertama kali nak tinggalkan rumah... Masa aku balik cuti pertengahan semester tu.. aku sampai2 je kat rumah.. wah dah ade adik... Mak aku baru je lahirkan pada hari semalamnya.. berceritalah emak tentang kesusahan dia melahirkan adik.. masa tu Tok & Tok Wan tak ada dirumah. Adik lahir dirumah berbidankan Tok Yah dan Abah.. Jiran kami yang rumahnya lebih 200 meter dari rumah kami.

Jadi sepanjang cuti 2 minggu tu akulah yang jaga mak, basuh kain2 yang kena darah tu.. masak makan mak dan adik2 yang lain.. sebenarnya aku lebih kepada tolong je.. semuanya Abah yang buat. Abah masak, Abah juga yang angkat air utk mak mandi, Abah juga yang bakar tungku utk mak. Kerja aku lebih kepada Basuh kain, Sidai kain, Lipat Kain, Cuci pinggan mangkuk.. tapi memang tu favorite kerja aku pun.

Adik membesar didepan mata aku.. akulah yang mandi adik, pakaikan baju, jaga adik masa mak pergi bendang, suap adik makan... walaupun aku jauh di Asrama, aku sentiasa rindu adik. Cuti semester tak sabar nak balik jumpa Adik.

Bila Adik besar dia selalu kena buli dengan aku dan kakak2 dia. Nasibla Adik, kan ko adik.. aku pun selalu jugak kena buli dengan adik2. Walaupun aku selalu jadi pendengar setia adik, tapi aku tak pernah jadi BFF adik. Dia lebih rapat dgn Achik yang dia panggil Kakak. Mungkin sebab bila kami semua tak ada dirumah, semua masuk asrama.. hanya tinggal Adik dan Achik je kat rumah. Atau mungkin sebab jarak umur kami yang jauh.

Tapi aku selalu mengambil tahu tentang adik. Banyak cerita yang aku rasa aku simpan sahajalah Adik. Ko dan aku tahu sendiri2. Aku berharap adik jadi seorang muslimah sejati. Wanita Solehah yang disegani.

Semalam.. air mata tiba2 mengalir... bila terkenang cerita mak yang ada orang merisik adik. Tiba2 jadi sayu dan sebak.. bila terkenang Adik yang ditimang2 dulu akan jadi milik orang,..

[Aku ter"post" pada Status FB. ramai pulak yang baca... risau pulak jadi kontroversi macam kes pinjam duit hari tu.. maka aku terpaksalah delete hahaha.. ]

Aku tulis je kt Blog ni.. sebab tak ramai yang tahu aku ade blog..

Adik, Adah doakan adik akan berbahagia hingga ke akhir hayat. Adik tetap adik Adah sampai bila2.

Wednesday, October 17, 2012

BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA


BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan
motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi
segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA MERASA KECEWA
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita..

Tuesday, October 9, 2012

[ABAH] tentang siapa Abah..

Beberapa hari ini, semua yang berlegar dalam fikiran hanya tentang Abah, tak sabar nak cari masa nak tulis pasal Abah...

Abah aku, Yusof bin Pa'Adek, orangnya tidaklah sehandsome Yusuf A.S [:)] .. seorang yang pendiam sebenarnya, menyimpan rasanya, memendam impiannya, kuat semangat dizaman mudanya, dia sebenarnya Hero dihatiku.

Banyak cerita tentang abah yang aku simpan sendiri... Abah seorang anak yatim sejak zaman remajanya..
dia membesar sebagai penjaga kepada adik2nya. Bila dikenang2kan cerita Abah, sayu hati bila terpandang seorang remaja dizaman post-jajahan Jepun, dan penjajahan British, bertungkus-lumus bekerja membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk 3 org adik2nya.

Pernah dia ceritakan, dia pernah berjalan kaki sejauh berpuluh kilometer semata2 untuk mengambil kembali adiknya yang diberikan sebagai anak angkat oleh ibu saudaranya. Dia bawa adiknya lari sebaik ibu saudaranya keluar menoreh getah disubuh hari..

Banyak lagi cerita abah, yang tak dapat aku coretkan kerana ceritanya kadang2 tiada pangkal. sesekali bila abah terkenang, dia hanya ceritakan bahagian yang sangat membahagiakan bagi dia. dan Akulah pendengar setia...

Abah lahir ketika Jepun mendarat di Kelantan... lama kan Tahun 1942. yang tarikhnya tidak dapat dikenalpasti...

Dan perjalanan kehidupannya tidak pernah aku tanyakan.. kerana aku juga seperti Abah, seorang yang suka menyimpan rasa...

Apa yang aku akan tuliskan, hanyalah apa yang aku lalui bersama abah.. yang kenangan itu kadang2 timbul dan tenggelam dlm arus masa dan kehidupan..

... sambungannya NANTI...