Thursday, September 20, 2012

No More Tears

Hari ni Aku On Duty lagi..

Banyak betul rintangan akhir-akhir ni.. Nak di pikir2 pun rasa macam dah tak terdaya lagi rasanya. 

Tadi, terbaca status kat Facebook Diyana Tahir 
Tiba2 terasa ada kekuatan menjelma dalam diriku.

and I decided, No More Tears. It's Work Work and Work.

I'll be a multimillionaire SOMEDAY. NEXT YEAR!
- IDA-

Ini Promo Video marketing by Diyana Tahir, Awesome! Suatu hari I nk attend this course.
Jom la tengok.

Friday, September 14, 2012

Salam Hari Jumaat..

Tengok bila dah siap nk taip.. semua Idea dah hilang...
Idea aku selalu datang masa driving, masa makan, masa nk tido, masa mandi..

Sekarang aku tau begitu kuatnya kuasa Alpha... nak kena belajar lagi ni mcm mana nk dapat kuasa Alpha tu selalu.

Hari ni tk de cerita.. (tadi ada banyak.. hehe) cuma sekarang rasa mcm nak start balik la blogging.

Nanti kita cerita-cerita best.. pasal The Apples of My Eyes..

Sekarang rasanya nak balik jenguk dia org dah.

Bye!. 

Thursday, January 5, 2012

Warna-Warni Hidup

Lama jugak tak conteng-conteng sini kan.
Idea mencurah-curah bila tak de keyboard or tak de pen kat tangan. Semua pun kat dalam kepala.

Bila kt depan keyboard and monitor, terus hilang, lenyap entah kemana.

Hari ni nak mengadu, Setiap perancangan Allah itu ada rahsianya.  Hari ini dia bagi kita sihat, riang gembira, ketika kita sedang menikmatinya tiba2 guruh berbunyi, kilat sambung menyambung, datang ribut dan taufan. Semua wajah yang ketawa riang tiba2 hilang, berganti dengan wajah muram, kelat, kelam-kabut, keliru.

Kita tertanya2, kenapa jadi begitu? apa rahsianya? nak difikir2, nk dikenang2 pun malas, jadi kita jawab itu ketentuan, qada' dan qadar, dah nak jadi. lumrah alam.

Kita memang pandai bercakap. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Pernahkah terfikir apa hikmahnya. Belajarkah kita dengan hikmah tersebut? Atau sekadar lahir dari mulut, tk pernah dianalisis oleh minda, apatah lagi meninggalkan kesan dalam hati.

Hari ini sahabat, esok jadi musuh, hari ini kawan esok jadi rakan (?), hari ini dipuji, esok dikeji, hari ini dipuja, esok dicerca, hari ini berpelukcium, esok bertikam lidah.

Apa Hikmahnya? Aku cuba terbalikkan yang negatif kepada yang positif. sama saja. Naik dan turun itu lumrah hidup. [Alasan kita lagi]

Sekadar mengingatkan diri sendiri. Bukakan hati, Redha dengan ketentuan, Jaga hati, terjagalah lidah, Jaga iman, terjagalah amal. Jangan pasrah pada keadaan. kerana menyesal bukan penyelesaian.

Hmm, apa aku merepek ni. Oklah, jumpa lagi di lain entry. Pandai2lah paham sendiri.. Daa..