Wednesday, October 17, 2012

BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA


BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan
motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi
segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA MERASA KECEWA
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita..

Tuesday, October 9, 2012

[ABAH] tentang siapa Abah..

Beberapa hari ini, semua yang berlegar dalam fikiran hanya tentang Abah, tak sabar nak cari masa nak tulis pasal Abah...

Abah aku, Yusof bin Pa'Adek, orangnya tidaklah sehandsome Yusuf A.S [:)] .. seorang yang pendiam sebenarnya, menyimpan rasanya, memendam impiannya, kuat semangat dizaman mudanya, dia sebenarnya Hero dihatiku.

Banyak cerita tentang abah yang aku simpan sendiri... Abah seorang anak yatim sejak zaman remajanya..
dia membesar sebagai penjaga kepada adik2nya. Bila dikenang2kan cerita Abah, sayu hati bila terpandang seorang remaja dizaman post-jajahan Jepun, dan penjajahan British, bertungkus-lumus bekerja membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk 3 org adik2nya.

Pernah dia ceritakan, dia pernah berjalan kaki sejauh berpuluh kilometer semata2 untuk mengambil kembali adiknya yang diberikan sebagai anak angkat oleh ibu saudaranya. Dia bawa adiknya lari sebaik ibu saudaranya keluar menoreh getah disubuh hari..

Banyak lagi cerita abah, yang tak dapat aku coretkan kerana ceritanya kadang2 tiada pangkal. sesekali bila abah terkenang, dia hanya ceritakan bahagian yang sangat membahagiakan bagi dia. dan Akulah pendengar setia...

Abah lahir ketika Jepun mendarat di Kelantan... lama kan Tahun 1942. yang tarikhnya tidak dapat dikenalpasti...

Dan perjalanan kehidupannya tidak pernah aku tanyakan.. kerana aku juga seperti Abah, seorang yang suka menyimpan rasa...

Apa yang aku akan tuliskan, hanyalah apa yang aku lalui bersama abah.. yang kenangan itu kadang2 timbul dan tenggelam dlm arus masa dan kehidupan..

... sambungannya NANTI...




Saturday, September 22, 2012

The Journey..

Hari ini ingat nak tulis macam the journey begin.. tapi tu la kan budak kecik dalam diri ni masih tk dapat dikawal. masih was-was. Betul ke aku ni.. boleh ke.. larat ke.. and macam-macam lagilah soalan yang menggundah-gulanakan hati. 

Banyak benda aku nak buat, itu nak ini pun nak akhirnya satu pun tak terbuat. hmm tu la kan, tamak sangat.

Aku ingat hari ni aku nk buat 1 benda je. yang lain2 tu simpan sat. Biar stabil dulu yang 1 ni. 

Ya. Aku kena UP kan balik semangat aku. Nak buat dropship dulu.
Business lain simpan dulu. Esok tk terkejar mcm sekarang. 

Jom jalan-jalan tengok FanPage ambe.. Sapa yang nak jadi Agent Dropship atau nak Borong bolehlah pergi jalan sini:- 



and Coming Soon: Pretty Rich. 

OK. Selamat Berhujung Minggu. 

Ida.