24.05.2009
Semalam aku bermimpi....
Mak "pergi" tinggalkan aku.... aku menjerit sampai terjaga.. tengok jam baru pukul 12.45am.. huh awal lagi.. terasa nak telefon mak.. tapi risau ganggu tidur mak.. mak sekarang susah nak dapat tidur yang nyenyak.... Tengok Hp.. coverage 1 bar, terus bangun dan keluar.. risau kalau tak dapat panggilan masuk...
Dah pukul 1.30am tak ade sesiapa pun call.. Sambung tidur.. tapi asyik-asyik terjaga.. pukul 2.15am, jam 3.25am, pukul 4.00am, pukul 5.00am.. fikiran tetap pada mak.. jantung berdegup kencang.. hati meronta-ronta nak telefon mak.. 5.30am seperti biasa rutin Ahad ku bermula.. cepat2 mandi dan solat subuh.. doaku panjang sedikit hari ni semoga diberi kesejahteraan pada Mak.. Cepat-cepat kejutkan anak-anak.. tak sabar rasanya nak pergi jenguk Mak.. Tak tergamak nak telefon mak lagi sebab mak selalu akan tidur semula selepas solat subuh dan mengaji quran..
Lepas hantar Luqman dan Tasnim ke Sekolah, aku menghala ke rumah mak... jantung terus berdegub kencang, hati tetap rasa tak tenteram..
Sampai di rumah terus cari mak.. mak sedang lena di ruang tamu, wajahnya tenang, aku renung wajah mak.. sampai mak terjaga.. Mak hairan tengok aku.. menjelma di rumahnya pagi-pagi buta, tak pernah aku singgah rumah mak pagi-pagi Ahad kalau tak ade hal yang nak diuruskan. Hati tersenyum semula...
Semoga Allah merahmati kehidupan mak.. dan panjangkan umut mak..
Mak, saya sayang mak...
Sunday, May 24, 2009
Wednesday, February 11, 2009
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan Waktu
untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu
untuk bersenda kerana bersenda itu membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu
adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Qoute send by Sharina... thanks dear
untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu
untuk bersenda kerana bersenda itu membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu
adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Qoute send by Sharina... thanks dear
Friday, December 5, 2008
The Missing Days..
Subscribe to:
Posts (Atom)
