Thursday, November 17, 2011
Cerita Kita : Our Story: SIAPA NAK PENGINAPAN PERCUMA 3 HARI 2 MALAM BERTA...
Cerita Kita : Our Story: SIAPA NAK PENGINAPAN PERCUMA 3 HARI 2 MALAM BERTA...: Salam Semua!!!! Anda Blogger?? [ Kalau bukan, boleh create satu.. apa salahnya :)] Anda mahukan percutian bersama keluarga yang penuh mak...
Monday, November 14, 2011
Senja di Tanjung Sanctuary
14.11.2011, Hari yang baik, cuaca cerah, jam dah menunjukkan 7:10pm, dah maghrib, di kejauhan kelihatan kerlipan cahaya dari bot2 nelayan yang sudah rancak menyauk sotong. sekarang musim sotong.
Maafkan kamera telefon bimbit saya yang agak kurang "sharp". Tujuan sebenar nak captured Pulau Rebak Besar yang nampak jelas dihadapan saya, Si situ bersembunyinya Rebak Island Resorts - A Taj Hotel. Rindunya saya dengan tempat itu, [tapi jgn panggil saya kerja di sana lagi :p]
Ini captured dari sebelah kiri, kerlipan lampu2 adalah dari Langkawi Lagoon Resort. Perdana Beach Resort, Port Langkasuka dan Pulapol. Juga cahaya dari Breakwater.
Ini capture Pulau Rebak Besar yang agak jelas.. kerlipan cahaya bot nelayan semakin bertambah dan semakin meriah, dan cahaya ini akan semakin bertambah semakin meningkat malam. Kemeriahannya nampak seperti sedang berlangsung pasar malam ditengah2 laut sana,
Capture dari arah kanan, bila hari semakin gelap, tujuan asalnya nak ambil gambar Star Cruize yang sedang berlabuh , tapi kamera telefon saya agak lemah.
Satu lagi capture dengan tujuan nk ambik gambar Star Cruise dan kerlipan cahaya daripada kapal terbang yang sedang menuju ke Lapangan Terbang. Tapi masih gagal.
So, my dinner tonight is served infront of these scenic view, jemputlah datang ke Tanjung Sanctuary Langkawi :)
Oh, lupa pulak, menu Dinner saya malam ini hanyalah Tropical Breeze (mocktail), Rusuk Rimba Senja with Selection of Tiny Bread and A plate of Tropical Fruits.
Dah... sampai jumpa lagi. Ida.
Thursday, October 6, 2011
Sunset a.k.a Senja yang cantik tapi tiada ketenangan..
Ni gambar sunset.. cantik kan? aku rindu sangat ngan tempat ni, tapi mungkin susah dah sekarang nk jejak kaki kat pantai ni. Tapi tak pe, masih boleh menikmati pemandangan ni dari arah lain. Kan? mesti ada yang setuju.
Sunset memang aku nyer favorite time, sejak 1991, lepas SPM kot masa tu, Memang pantai ni jadi tempat aku lepak bila sunset. Sampai supervisor aku masa tu tau dah nk cari aku kat mana kalau tk de kat station.
5 year after that, aku balik ke pantai itu, masih cantik n sunset-nyer pun masih cantik.
_________________________________________
Sekarang aku kt Pantai lain, jarang-jarang dapat tengok sunset, tapi hari-hari boleh tengok sunrise,.. Sunrise view sangat Positif. Sape setuju? nanti cerita panjang2 dalam post lain.
Hari ni aku cerita pasal sunset, atau dalam Bahasa Melayunya Senja... atau Waktu Maghrib. Waktu ni kita disuruh berada di dalam rumah, bangunan atau tempat yang tertutup. Anak-anak sepatutnya tidak dibiarkan bermain di luar rumah. Memang sebagai muslim sepatutnya begitu, kita sepatutnya berkumpul dan berjemaah bersama keluarga.
Hari tu Isnin, aku sampai rumah lewat juga, sebab hari tu mak masak koey teow kegemaran aku dan anak-anak, jadi tunggu le dulu makan koey teow, jadi bila balik rumah tk payahlah nk sibuk2 masak dinner kan.
Sebab hari tu hari isnin, dan aku dah lewat, jadi tak bolehlah nk lalu jalan biasa, sebab kt situ ada pasar malam, jadi kena lah lalu jalan luar yang agak jauh dan sunyi sepi especially time-time maghrib ni. Rasa takut tu memang lah ada, tapi aku cool jer, drive pun hati2 lah sebab kat jalan tu memang selalu orang cerita banyak "benda" dan "binatang" yang melintas. Memang ada yang lintas pun.. tapi aku cool jer lagi.
Sampai rumah, sibuk pulak mengangkat barang-barang masuk ke rumah, sunyi jugak kat situ, sebab blok rumah aku paling belakang, sambil-sambil mengarah anak-anak sembahyang Maghrib. Sambil2 juga angkat kain di ampaian, lagi pun langit macam nak hujan.
Belum pun sempat abih kain yang di angkat, tetiba............ erk, bulu roma pun meremang, cepat2 masuk rumah, tutup pintu, tarik langsir... lepas tu terus nk pergi bilik air pun takut. Anak2 tertanya2 tapi aku cuma bg hint jer kt dia orang. Masa aku kt bilik air pun masih dengar suara anjing mendayu2 dari arah belakang rumah. Huhu, malam tu semua tido awal..
Moral of the story mory yang panjang-panjang kt atas ni, Maghrib2 jangan duduk kt luar rumah Tau!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






