Friday, December 16, 2011

Cerita Kita : Our Story: Gembirakan Hati Mereka...

Cerita Kita : Our Story: Gembirakan Hati Mereka...: Salam, Dah lama tk tulis pasal Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi , Rindu juga dengan anak-anak ini. Sebelum Hari Raya Korban lalu, ...

Thursday, November 17, 2011

Monday, November 14, 2011

Senja di Tanjung Sanctuary


14.11.2011, Hari yang baik, cuaca cerah, jam dah menunjukkan 7:10pm, dah maghrib, di kejauhan kelihatan kerlipan cahaya dari bot2 nelayan yang sudah rancak menyauk sotong. sekarang musim sotong. 


Maafkan kamera telefon bimbit saya yang agak kurang "sharp". Tujuan sebenar nak captured Pulau Rebak Besar yang nampak jelas dihadapan saya, Si situ bersembunyinya Rebak Island Resorts - A Taj Hotel. Rindunya saya dengan tempat itu, [tapi jgn panggil saya kerja di sana lagi :p]

 Ini captured dari sebelah kiri, kerlipan lampu2 adalah dari Langkawi Lagoon Resort. Perdana Beach Resort, Port Langkasuka dan Pulapol. Juga cahaya dari Breakwater.



Ini capture Pulau Rebak Besar yang agak jelas.. kerlipan cahaya bot nelayan semakin bertambah dan semakin meriah, dan cahaya ini akan semakin bertambah semakin meningkat malam. Kemeriahannya nampak seperti sedang berlangsung pasar malam ditengah2 laut sana,

Capture dari arah kanan, bila hari semakin gelap, tujuan asalnya nak ambil gambar Star Cruize yang sedang berlabuh , tapi kamera telefon saya  agak lemah.


Satu lagi capture dengan tujuan nk ambik gambar Star Cruise dan kerlipan cahaya daripada kapal terbang yang sedang menuju ke Lapangan Terbang. Tapi masih gagal.

So, my dinner tonight is served infront of these scenic view, jemputlah datang ke Tanjung Sanctuary Langkawi :) 

Oh, lupa pulak, menu Dinner saya malam ini hanyalah Tropical Breeze (mocktail), Rusuk Rimba Senja with Selection of Tiny Bread and A plate of Tropical Fruits. 

Dah... sampai jumpa lagi. Ida.

Thursday, October 6, 2011

Sunset a.k.a Senja yang cantik tapi tiada ketenangan..


Ni gambar sunset.. cantik kan? aku rindu sangat ngan tempat ni, tapi mungkin susah dah sekarang nk jejak kaki kat pantai ni. Tapi tak pe, masih boleh menikmati pemandangan ni dari arah lain. Kan? mesti ada yang setuju.

Sunset memang aku nyer favorite time, sejak 1991, lepas SPM kot masa tu, Memang pantai ni jadi tempat aku lepak bila sunset. Sampai supervisor aku masa tu tau dah nk cari aku kat mana kalau tk de kat station. 

5 year after that, aku balik ke pantai itu, masih cantik n sunset-nyer pun masih cantik.

_________________________________________

Sekarang aku kt Pantai lain, jarang-jarang dapat tengok sunset, tapi hari-hari boleh tengok sunrise,.. Sunrise view sangat Positif. Sape setuju? nanti cerita panjang2 dalam post lain. 

Hari ni aku cerita pasal sunset, atau dalam Bahasa Melayunya Senja... atau Waktu Maghrib.  Waktu ni kita disuruh berada di dalam rumah, bangunan atau tempat yang tertutup. Anak-anak sepatutnya tidak dibiarkan bermain di luar rumah. Memang sebagai muslim sepatutnya begitu, kita sepatutnya berkumpul dan berjemaah bersama keluarga.

Hari tu Isnin, aku sampai rumah lewat juga, sebab hari tu mak masak koey teow kegemaran aku dan anak-anak, jadi tunggu le dulu makan koey teow, jadi bila balik rumah tk payahlah nk sibuk2 masak dinner kan.

Sebab hari tu hari isnin, dan aku dah lewat, jadi tak bolehlah nk lalu jalan biasa, sebab kt situ ada pasar malam, jadi kena lah lalu jalan luar yang agak jauh dan sunyi sepi especially time-time maghrib ni. Rasa takut tu memang lah ada, tapi aku cool jer, drive pun hati2 lah sebab kat jalan tu memang selalu orang cerita banyak "benda" dan "binatang" yang melintas. Memang ada yang lintas pun.. tapi aku cool jer lagi.

Sampai rumah, sibuk pulak mengangkat barang-barang masuk ke rumah, sunyi jugak kat situ, sebab blok rumah aku paling belakang, sambil-sambil mengarah anak-anak sembahyang Maghrib. Sambil2 juga angkat kain di ampaian, lagi pun langit macam nak hujan.

Belum pun sempat abih kain yang di angkat, tetiba............ erk, bulu roma pun meremang, cepat2 masuk rumah, tutup pintu, tarik langsir... lepas tu terus nk pergi bilik air pun takut. Anak2 tertanya2 tapi aku cuma bg hint jer kt dia orang. Masa aku kt bilik air pun masih dengar suara anjing mendayu2 dari arah belakang rumah. Huhu, malam tu semua tido awal.. 

Moral of the story mory yang panjang-panjang kt atas ni, Maghrib2 jangan duduk kt luar rumah Tau!!

Thursday, September 15, 2011

Terima Kasih Bapak Monyet...


  Salam Semua... tak jumpa pula gambar monyet atau kera kt dalam koleksi aku, yang ada gambar lutong (dusk monkey). Ok jugak la, spesis ini memang banyak di Tanjung Sanctuary... Mereka ada kumpulan mereka sendiri, The Brown Monkey (Monyet biasa ler) and The Dusk Monkey (Lutong).  Biasanya kumpulan Lutong ni jenis yang pemalu dan dia orang jarang mengganggu urusan manusia.. biasala kan.. macam manusia juga, kalau yang jenis pemalu ni cantik dan orang suka nak tengok, cari, lihat .. pendek kata orang suka lah.. hehe.. korang pernah tengok? comel tau, lagi best kalau ada baby, baby dia orang warna orange tau.. memang aku tk de gambar dia orang, ade satu jer yang kat atas ni...

  Hehe.. nak cerita lain, boleh melencong ke lain pulak.. Ok nak cerita pasal spesis yang satu lagi ni.. The Brown Monkey, ni jenis yang liar sikit..suka ganggu manusia.. malas cerita, dia orang ni memang nakal, kadang-kadang garang tk tentu pasal, aku pernah kena kejar dengan bapak monyet ni.. tu pun sebab asyik sangat tengok anak dia yang comel.. memang comel, anak dia orang warna hitam pekat, tapi sentiasa terkawal oleh bapak, tak yah la cerita panjang2, yang pasti aku memang dah fobia dengan dia orang ni, kalau nampak dia orang aku sanggup pilih jalan lain atau pun patah balik mohon bantuan hehe... TAPI, aku tak pernah marah kat dia orang (hati baik wei.. :p ). Walau pun kawan-kawan aku kt sini memang anti dengan si monyet ni. 

  Hari ni, Allah telah mengutuskan mereka untuk MENYELAMATKAN aku. Dah cerita panjang-panjang kat atas tu, Pagi Rabu, 14 Sept 2011, aku seperti biasa awal sampai ke tempat kerja, biasanya aku orang pertama sampai ke tempat parking.. so aku boleh pilih favorite spot untuk parking :), tempatnya mestilah convenience kan, senang nk parking, senang nk keluar petang nanti, dekat dengan tangga... boleh dikatakan tempat tu memang aku dah book la hari-hari... tapi pagi semalam ramai pulak kawan-kawan buat family day kt tempat parking tu (Kawanan Monyet Brown tu la.. ) ramai.. dekat 20 ekor.. bapak2, emak2, anak2 dan saudara2 dia orang semua dok berkumpul kt tempat parking tu.. reaksi aku mula-mula.. "alamak cam na aku nk turun ni.. jab g marah pulak bapak monyet ni.. hmm". Tapi aku masih parking dengan selesanya, reversed siap2 supaya senang nk balik petang nanti. Sampai masa nk turun, Kawanan monyet ni masih tk bergerak balik ke hutan.. malah dok keliling2 kereta buruk aku tu.... "Bapak oi! aku mana ada bawak breakfast kt korang.. pergi la cari buah-buah kat hutan nu...", puas aku tunggu, aku horn.. dekat 15 minit jugak la kt situ, dia orang masih tk bergerak jugak.. lalu aku pun mengalahlah... Start kereta, pusing naik atas, parking la kt atas. Tapi masih dekat dengan tangga.. itu pun bila aku turun kereta, bapak monyet tu masih marah lagi.. mungkin dia nk kata "orang kata pergi jauh2, masih nk jugak dekat2 dengan tangga ni.." agaknya lah kan... 
  Jeng, jeng, jeng.. ni la cerita sebenarnya..... semalam, mood aku nk buat kerja pun tk la rajin sangat, teringat2 kt rumah, anak-anak.. jadi balik awal la jugak, 5:30pm dah sampai kt tempat parking... nak tau apa yang terjadi?????
Sampai kt kereta, aku lihat ada sebatang pokok besar tumbang melintang kat tempat favorite parking aku kt bawah tu... hmm subhanallah, alhamdulillah.. aku sedar.. monyet2 pagi tadi memang nk beritahu aku jangan parking kt situ. Kalau lah dia orang tk de, pasti aku akan tetap parking kt situ dan remuklah kereta kesayangan ku itu. maka aku terpaksalah naik T, dan "patah kaki".

Inilah entry yang panjang pasal monyet tu. Aku amat2 bersyukur pada Allah, kerana mengutuskan makhluk itu pagi semalam. Terima Kasih kepada Mak yang sentiasa mendoakan aku. Subhanallah.

Wednesday, April 13, 2011

Life Goes On - Part I

It's been a long - long time before I had a mood to jot something about my life here.  Most of the time they are lingering in my mind.  All feelings of happy, sad, stress, depress, moody, angry, irritate and JOY and all keep coming and going. Some times I wish I can laugh my heart out or the other cry silently.  Until yesterday, I cry to My God, Allah the one and only.. just wanna ask Him, why all these things happen to me.  What is his says the I have to carry such a big burden on my shoulder.  I don't have the answer but I know he heard me, because I felt so light today.

It's been a long - long time I wanna update and up load the pictures of the places I love so much, but still none uploaded. I need to find some time to focus on doing that...

Saturday, February 5, 2011

Cerita Kita : Our Story: Mampukah kita menjadi seperti Beliau???

Cerita Kita : Our Story: Mampukah kita menjadi seperti Beliau???: "Rasulullah ......... 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah su..."

Monday, January 31, 2011

Cerita Kita : Our Story: A Message by George Carlin

Cerita Kita : Our Story: A Message by George Carlin: " Kenal tak George Carlin?? hehe kite pun tk kenal.. tapi let's us read of these.. It was said long ago.Isn't it amazing that George Car..."

Saturday, January 29, 2011

Friday, January 28, 2011

Cerita Kita : Our Story: YOU ARE MY SISTER

Cerita Kita : Our Story: YOU ARE MY SISTER: "This is a story I received a long time ago, it's a good reading for all my sister... :) A young wife sat on a sofa on a hot humid day,..."

Thursday, January 27, 2011

Cerita Kita : Our Story: Secret of Nation

Cerita Kita : Our Story: Secret of Nation: "Today, let us read about the Secret of Nation. I received this email the 2nd day I joined the Taj Group. It's a good reading ... To Reflect..."