Salam Semua... tak jumpa pula gambar monyet atau kera kt dalam koleksi aku, yang ada gambar lutong (dusk monkey). Ok jugak la, spesis ini memang banyak di Tanjung Sanctuary... Mereka ada kumpulan mereka sendiri, The Brown Monkey (Monyet biasa ler) and The Dusk Monkey (Lutong). Biasanya kumpulan Lutong ni jenis yang pemalu dan dia orang jarang mengganggu urusan manusia.. biasala kan.. macam manusia juga, kalau yang jenis pemalu ni cantik dan orang suka nak tengok, cari, lihat .. pendek kata orang suka lah.. hehe.. korang pernah tengok? comel tau, lagi best kalau ada baby, baby dia orang warna orange tau.. memang aku tk de gambar dia orang, ade satu jer yang kat atas ni...
Hehe.. nak cerita lain, boleh melencong ke lain pulak.. Ok nak cerita pasal spesis yang satu lagi ni.. The Brown Monkey, ni jenis yang liar sikit..suka ganggu manusia.. malas cerita, dia orang ni memang nakal, kadang-kadang garang tk tentu pasal, aku pernah kena kejar dengan bapak monyet ni.. tu pun sebab asyik sangat tengok anak dia yang comel.. memang comel, anak dia orang warna hitam pekat, tapi sentiasa terkawal oleh bapak, tak yah la cerita panjang2, yang pasti aku memang dah fobia dengan dia orang ni, kalau nampak dia orang aku sanggup pilih jalan lain atau pun patah balik mohon bantuan hehe... TAPI, aku tak pernah marah kat dia orang (hati baik wei.. :p ). Walau pun kawan-kawan aku kt sini memang anti dengan si monyet ni.
Hari ni, Allah telah mengutuskan mereka untuk MENYELAMATKAN aku. Dah cerita panjang-panjang kat atas tu, Pagi Rabu, 14 Sept 2011, aku seperti biasa awal sampai ke tempat kerja, biasanya aku orang pertama sampai ke tempat parking.. so aku boleh pilih favorite spot untuk parking :), tempatnya mestilah convenience kan, senang nk parking, senang nk keluar petang nanti, dekat dengan tangga... boleh dikatakan tempat tu memang aku dah book la hari-hari... tapi pagi semalam ramai pulak kawan-kawan buat family day kt tempat parking tu (Kawanan Monyet Brown tu la.. ) ramai.. dekat 20 ekor.. bapak2, emak2, anak2 dan saudara2 dia orang semua dok berkumpul kt tempat parking tu.. reaksi aku mula-mula.. "alamak cam na aku nk turun ni.. jab g marah pulak bapak monyet ni.. hmm". Tapi aku masih parking dengan selesanya, reversed siap2 supaya senang nk balik petang nanti. Sampai masa nk turun, Kawanan monyet ni masih tk bergerak balik ke hutan.. malah dok keliling2 kereta buruk aku tu.... "Bapak oi! aku mana ada bawak breakfast kt korang.. pergi la cari buah-buah kat hutan nu...", puas aku tunggu, aku horn.. dekat 15 minit jugak la kt situ, dia orang masih tk bergerak jugak.. lalu aku pun mengalahlah... Start kereta, pusing naik atas, parking la kt atas. Tapi masih dekat dengan tangga.. itu pun bila aku turun kereta, bapak monyet tu masih marah lagi.. mungkin dia nk kata "orang kata pergi jauh2, masih nk jugak dekat2 dengan tangga ni.." agaknya lah kan...
Jeng, jeng, jeng.. ni la cerita sebenarnya..... semalam, mood aku nk buat kerja pun tk la rajin sangat, teringat2 kt rumah, anak-anak.. jadi balik awal la jugak, 5:30pm dah sampai kt tempat parking... nak tau apa yang terjadi?????
Sampai kt kereta, aku lihat ada sebatang pokok besar tumbang melintang kat tempat favorite parking aku kt bawah tu... hmm subhanallah, alhamdulillah.. aku sedar.. monyet2 pagi tadi memang nk beritahu aku jangan parking kt situ. Kalau lah dia orang tk de, pasti aku akan tetap parking kt situ dan remuklah kereta kesayangan ku itu. maka aku terpaksalah naik T, dan "patah kaki".
Inilah entry yang panjang pasal monyet tu. Aku amat2 bersyukur pada Allah, kerana mengutuskan makhluk itu pagi semalam. Terima Kasih kepada Mak yang sentiasa mendoakan aku. Subhanallah.
The true meaning of "di sebalik setiap kejadian, tentu ada hikmahNya"...Subhanallah
ReplyDelete